Friday, October 15, 2010

Link berkaitan al Quran

Assalamualaikum w.b.t
Harapnya semua dah tengok CAM masing-masing kecuali yang masih tak buat hafazan, bacaan atau dua, tiga orang yang ustzah tak masukkan lagi. Ustazah sertakan di sini link utk ke web yg ustz sebut dlm kelas. Ada banyak senarai Qari yang anda semua boleh pilih, cuma ustazah cadangkan bagi mereka yang sedikit lemah, carilah Qari yang di hujung namanya ada perkataan MUJAWAD. Mujawwad bererti bertajwid. Bukanlah bermakna bacaan qari2 yang lain tidak bertajwid tetapi mereka ini bacaannya lebih perlahan dan mudah diikuti.


Bagi mereka yang sudah memahami asas tajwid, saya cadangkan dengar bacaan yang dicadangkan oleh guru-guru Al Quran saya waktu di Syria iaitu bacaan Syeikh Abdullah Basfar: http://www.all-quran.com/documents/abd_allah_basfer.html

Anda boleh dengar atau download. Saya cadangkan, disiplinkan diri anda. Adalah digalakkan untuk kita membaca keseluruhan al Quran berbanding hanya membaca surah2 tertentu pada waktu-waktu tertentu. Ini bertujuan supaya kita menelusuri keseluruhan panduan yang tertulis dalam al Quran. Mula daripada Al Fatihah, sambung al Baqarah hingga selesai An Nas. Niat, kalau dapat khatam setahun sekali pun dah cukup baik. Tiap-tiap hari dengar bacaan Qari paling kurang 1 mukasurat, kemudian ulang sendiri atau baca bersama-sama.

Tulisan-tulisan saya yang terdahulu tentang al Quran:

P/s: ada banyak cara untuk download, yg mudah, download real player sp dulu pada link di bawah. Nanti, button download tu akan muncul sendiri bila awak buka mana2 audio/video:

خيركم من تعلم القرآن وعلمه
Kata Nabi, sebaik-baik kamu adalah mereka yang belajar al Quran dan mengajarkannya.

No comments:

Post a Comment